Followers

Saturday, June 21, 2008

Jauk Berubah Keman Sabey (Lain Dulu Lain Sekarang)

Pulau Bruit terkenal dengan hutan paya sementara persisirannya dihuni kaum Melanau seperti Kg Semop, Kut, Sg Nai, Kg Bruit, Kg Penyibong, Penyipah, Betanah, Tekajong, Sebakau dan Sedik.

Kg Sa'ai ialah sebuah kampong yang saya kunjungi baru-baru ini. Satu masa perkampungan ini hampir ditinggalkan oleh penduduknya yang berhijrah ke bandar, yang tinggal hanya golongan tua. Tetapi kini Kg Sa'ai sudah berubah wajah. Wajah yang akan memberi harapan pada semua anak watannya yang terus bertahan atau yang jauh dikota mendengar berita gembiranya. Belianya mulai kembali ke desa, bekerja di ladang sawit yang dibuka oleh sebuah syarikat swasta, manakala golongan tua terus mengusahakan pekerjaan tradisi seperti menangkap ikan 'bulu', ikan terubok, 'menyadap' dan menoreh getah. Harga kepingan getah pun sudah meningkat mencecah RM6 satu kg!




Jalan dari Kg Sa'ai ke Kg Semop, Kg Kut dan Sungai Nai, merubah senario.

'Sabay kedau jin pelek, sai bak sangka perubahan macam eh' kata Wa Jaat dari Kg. Kut.
' Gemurok udah kenaan. Jesong, akah dao kenaan pat limah kaf, udah kenah bak kun. Idun lah kamik lian eh, mey mibat masa, akah mey ujan, ibak idun gemurok. '


Sepanjang jalan telah ditanami dengan pokok buah-buahan, tanaman kontan; kacang tanah, tembikai, pisang, nenas dan sayur-sayuran. Apa yang saya lihat, tanah persendirian dan 'temudak' tidak diusahakan, dibiar sudah begitu lama sejak jalan siap 2 tahun sudah.
' Mey bay masa kamek, modal pun mey bay.' kata Wa Jaat kesal dan terharu atas perubahan itu. Banyak langkah-langkah yang perlu lakukan oleh penduduk Kg Kut dan sekitarnya untuk memajukan tanah mereka. Bukti dan pengajaran yang mereka dapati tidak mencukupi untuk menggerak setiap orang. Mereka perlu dibimbing, dicontohi dan perlu disedarkan apa yang perlu dilakukan !

1 comment:

Nurhayati Badli said...

ko mey pernah melah pulau bruit...
ubak tenawan selain daripada risiko tinggi menggunakan jalan air especially ubang musim tengkujuh, kos bk melah pulau bruit pun ayang gk

tp setelah beberapa anjakan paradigma oleh kerajaan telah dijalankan, pulau bruit keban dihubungkan secara terus dari tanah besar daro and directly from matu also

nuan masa suatu lau nah teringin gk bk melah terutama dun melah sebakau...tempat kelahiran suami tersayang...

ikhlas:
signorriena_matu