Followers

Wednesday, July 30, 2008

Saat Glamour Seorang Juruhebah!






Keratan akhbar

Wednesday, July 2, 2008

Tahukah Anda Hobi Menyumpit (Blow Pipe) Menambahbaik Kesihatan Dalaman?





Orang jepun, amerika gemar menyumpit. Lihat kerenah mereka dalam foto




The effect of abdominal respiration and sport blowgun/blow pipe

1.Abdominal respiration is more effective oxygen intake than breast respiration. Everyone can take more oxygen into the body.Oxygen vitalizes your head.

2.About 20 % of lungs space is not used by usual respiration.To enlarge the dead space of lung revitalizes the lung.Especially for elderly people deep respiration enlarges narrowed bronchia and alveoli in the lungs.

3.Abdominal respiration strengthens diaphragma and abdominal muscles and it is effective for backbone pain.

4.Exhiration stimurates parasymapathetic nerve which lessens heart beat and enlarges small vessels.That is effective for high blood pressure.

5.When the lungs were enlarged prostagrandin I 2 is produced from the wall of alveoli,it covers the surface of vessels and protects blood coagulation. This is effective to prevent heart attack and brain infarct.

6.Slight abdominal pressure pushs internal organs and put out stagnant blood. It stimulates the blood stream.

7.Abdominal respiration cures constipation and increases digestion.

8.White muscle consumes glucose,so when oxigen is insufficient blood glucose becomes higher. Red muscle consumes oxygen and fat,if you took much oxygen you can decrease the fat.The effect is proved by the experiment.

9.Aiming target makes you forget everything and you can feel tranquility, The serene feeling condition makes you happy.

10.The sport is old but new,there are lot of room to study.It encourages curiousity. The research and experiment revitalizes the head.

11.Match dropping looks like hunting,it remainds your instinct and wakes up wildness and makes you fit.

12.Even cervical damaged people can practice sport blowgun,the sport is good for wheelchair handicapped too.

Sumpitan yang saya buat daripada bahan-bahan kitar semula



Lagi gambar sumpit tempatan yang saya sempat rakamkan.
Bagaimana membuat demaknya, ikuti siri-siri mendatang.

Saturday, June 21, 2008

Jauk Berubah Keman Sabey (Lain Dulu Lain Sekarang)

Pulau Bruit terkenal dengan hutan paya sementara persisirannya dihuni kaum Melanau seperti Kg Semop, Kut, Sg Nai, Kg Bruit, Kg Penyibong, Penyipah, Betanah, Tekajong, Sebakau dan Sedik.

Kg Sa'ai ialah sebuah kampong yang saya kunjungi baru-baru ini. Satu masa perkampungan ini hampir ditinggalkan oleh penduduknya yang berhijrah ke bandar, yang tinggal hanya golongan tua. Tetapi kini Kg Sa'ai sudah berubah wajah. Wajah yang akan memberi harapan pada semua anak watannya yang terus bertahan atau yang jauh dikota mendengar berita gembiranya. Belianya mulai kembali ke desa, bekerja di ladang sawit yang dibuka oleh sebuah syarikat swasta, manakala golongan tua terus mengusahakan pekerjaan tradisi seperti menangkap ikan 'bulu', ikan terubok, 'menyadap' dan menoreh getah. Harga kepingan getah pun sudah meningkat mencecah RM6 satu kg!




Jalan dari Kg Sa'ai ke Kg Semop, Kg Kut dan Sungai Nai, merubah senario.

'Sabay kedau jin pelek, sai bak sangka perubahan macam eh' kata Wa Jaat dari Kg. Kut.
' Gemurok udah kenaan. Jesong, akah dao kenaan pat limah kaf, udah kenah bak kun. Idun lah kamik lian eh, mey mibat masa, akah mey ujan, ibak idun gemurok. '


Sepanjang jalan telah ditanami dengan pokok buah-buahan, tanaman kontan; kacang tanah, tembikai, pisang, nenas dan sayur-sayuran. Apa yang saya lihat, tanah persendirian dan 'temudak' tidak diusahakan, dibiar sudah begitu lama sejak jalan siap 2 tahun sudah.
' Mey bay masa kamek, modal pun mey bay.' kata Wa Jaat kesal dan terharu atas perubahan itu. Banyak langkah-langkah yang perlu lakukan oleh penduduk Kg Kut dan sekitarnya untuk memajukan tanah mereka. Bukti dan pengajaran yang mereka dapati tidak mencukupi untuk menggerak setiap orang. Mereka perlu dibimbing, dicontohi dan perlu disedarkan apa yang perlu dilakukan !

Wednesday, June 18, 2008

Cikgu Hj Kadir - Pengisian Yang Tepat



Cikgu Kadir, kawan lama saya, bekas guru saya dan ada kaitan keluarga diri saya dari Kg Sa'ai, Daro.




Titik besi sementara masih panas, payah kalau dah sejuk, susah bak medat besay akah udah sejuk....

Chance only strike once! Antara perumpamaan saya masih ingat untuk menggambarkan keadaan yang saya saksikan sendiri baru-baru ini (8-14 Jun 2008) sewaktu melihat-lihat dan menunaikan jemputan beliau untuk ke sana.
Cikgu ditemui oleh pekerja-pekerja dan mendapat tahu mereka memerlukan bahan keperluan harian, tetapi kedai runcit jauh di seberang Muara Lassa. Kampong terdekat seperti Kg Semop tidak dapat memenuhi kehendak mereka yang begitu ramai.
' Ko terus meley barang tang Daro, semuah barang perlu tiap lau, macam beras gula, siah, teh, kopi ko sedia ruang kedai jawai lebuh ko eh. Sabai may ngah baey kedey ubas eh. Nas odun deng ko, wak telo lawas nien eh meley tang kedey ko......makin jelau makin didak lo idun labek...hingga labek satu lau ko mukak, mini restauran, bejajah lo kopi mee masam-macam lah. Karaoke pun nuan, malam-malam penuh ibak idun......' cikgu Kadir menceritakan.



Beliau berjaya membuka sebuah kantin menjual minuman dan makan dan sebuah kedai runcit keperluan harian. Pelanggannya terdiri daripada pekerja ladang sawit di Pulau Bruit dan penduduk sekitar Kg Sa'ai. Sambutan sangat memuaskan kata beliau ketika ditemui di rumahnya.
Saya dan abang idin dijamu makan tengahari dengan ikan terubok segar, udang syiar dan buah mengkalak (musim ikan terubok dan buah mengkalak) Terima kasih cikgu.
Kg Sa'ai dari rumah Cikgu Kadir.

Sunday, May 4, 2008

Kasut Dari Kulit Babi!


Awas! Kasut dipercayai diperbuat daripda kulit khinjir dijual di pasaran supermarket utama di bandar ini. Kulit terdapat di bahagian dalam sandal wanita
ini.
Nampak elegan .... awas terbeli...dahlah haram, kerugian pulak!
Saya petik dari artikel dari blog rakan mengenai perkara yang saya. Biar kita kongsi bersama info berikut;

' Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati didalam industri pembuatan kasut, bag, tali pinggang dll, selain pengunaan kulit, bahan PVC, plastik dan kain adalah antara bahan-bahan yang sering digunakan.
Diantara bahan-bahan ini sering terdapat kekeliruan diantara bahan PVC, plastik dan kulit babi kerana ketiga-tiga bahan ini apabila dipandang secara mata kasar akan kelihatan tiga bintik pada permukaannya.Sebagai maklumat bersama, triple dot yang terdapat pada PVC dan plastik adalah dihasilkan oleh mesin berciri-
1. keadaannya tersusun dengan baik
2. titiknya terhasil secara menegak iaitu hasilan secara titikan jarum, menegak dan tepat manakala triple dot yang terdapat pada kulit babi -
1. keadaanya tidak tersusun
2. berselerak
3. permukaan lubangnya menyendeng tidak menegak seperti yang terdapat pada PVC,keadaan menyendeng ini seolah-olah lubang jarum yang dicucuk secara menyenget. Diharapkan dengan penjelasan ini, para pengguna tidak terus panik hanya apabila terlihat triple dot pada mana-mana permukaan kasut, beg, wallet dsb, semak dahulu apakah bahan itu adalah kulit babi yang sebenar berdasarkan bentuk triple dot yang kelihatan.nn

AWAS!!! KASUT DIPERBUAT DARI KULIT BABI MURAH & TERHANGAT DI PASARAN… BANYAK TERDAPAT DI KOMPLEX2 MEMBELI BELAH TERUTAMANYA ;
KALAU ADA 3 TITIK DALAM SATU TOMPOK TU… JANGAN BELI…TU KULIT BABI…
PERATI BETUL2) PESAN KAT ORANG RUMAH ATAU SAPA2 SAJA KAUM MUSLIM KITA '

Wednesday, April 23, 2008

Sebahagian jalan pesisir Daro ke Kuala Matu

Tinjauan ke jelapang padi Nangar / Budok, Daro.

Jalan berbatu pasir pada musim panas berdebu dan bergelombang. Hujan turun akan menjadikan jalan ini berlumpur dan berlubang. Tapi syukur sejak negara merdeka ramai penghuni dan pesawah padi dapat memasarkan hasil mereka terus ke Mukah, Sibu dan tempat -tempat lain dengan mudah.
Kawasan jelapang padi Nangar Budok Daro diusahakan setiap musim. Selain padi tanaman kontan lain menjadi sampingan pendapatan petani. Ternakan sapi dan kambing tidak dilupakan.
Jalan yang tinggal tidak berturap begitu lama bermula dari Jambatan Sg Nangar Besar hingga ke Parit Iran, Badong sejauh 11 kilometer amat menyukarkan perjalanan pengguna dan petani kawasan itu. Jalan ini dibiarkan berdebu, berlubang dan bersemak sekian lama, seakan-akan tidak diperdulikan. Kawasan jelapang padi Kg Nangar, Budok, Sg Nagar Kecil, Sg Patai dan Sg Iran, Badong turut meningkatkan pendapatan ekonomi Daerah Daro khususnya dalam bidang pertanian. Dengan peningkatan harga komoditi seperti beras dan lain output hasil pertanian lain sudah pasti kaum tani di sini tidak akan menoleh sumber pendapatan lain atau membiarkan saja tanah mereka kosong tanpa disusahakan.

Dalam kunjungan saya pada 8 - 14 Jun 2008 saya dapati ramai pengusaha atau peladang meninggalkan tanah mereka dibiarkan besemak samun. Walhal tanaman (sawah padi, pokok buah-buahan dll) yang ditinggalkan amat berpotensi untuk mengeluarkan hasil dan dipasarkan.

Saya amat terharu (dengan kemudahan dan pembangunan) bercampur kesal serta kecewa (kerana banyak kawasan tanah dibiarkan) dengan fenomena yang saya lihat. Inilah peluang saya melihat sendiri (sejak saya berpencen wajib) pembangunan yang ada di kampung halaman.
Sudah tiba masanya wakil atau pihak berwajib meneliti perkara ini sendiri. Bagaimana hendak mendapat fund untuk menyelesaikan peningkatan atau naik taraf jalan kampung yang amat berpotensi ini. Mengapa sebahagian jalan ini ditinggalkan tidak diturap seperti Jalan Kg Tian/Daro atau Jln bypass Pangtray/Sg Nangar Kecil. Nampak tidak seimbang atau memang fund tidak mencukupi !
Kepada tuanpunya tanah dan saya sendiri, fikir-fikirkan bersama, berbudi pada tanah akan pasti mendapat hasilnya, dibiarkan saja masih juga kita membayar cukainya, ayuh mengapa dibiarkan. Contoh baik seperti diusahakan tanaman sawit......seperti Tuan Hj Kana.........atau Cikgu Haji Kadir...... hasil diperolehi lumayan, tanah tidak dibiarkan !

Tuesday, April 22, 2008


Pemandangan dari PICC, Putrajaya. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya salah satu mercutanda dan tarikan pelancong. Mengikuti konvensyen Keselamatan disini akhir tahun 2007 saya dapati, kebanyakan bilek dan Dewan ditempah lebih awal sehingga setiap hari ada saja aktiviti yang dijalankan. Bukan saja bertaraf kebangsaan malah aktiviti bersifat global memenuhi tempahan itu. Tidak sia-sia PICC diwujudkan!