Followers

Wednesday, April 23, 2008

Sebahagian jalan pesisir Daro ke Kuala Matu

Tinjauan ke jelapang padi Nangar / Budok, Daro.

Jalan berbatu pasir pada musim panas berdebu dan bergelombang. Hujan turun akan menjadikan jalan ini berlumpur dan berlubang. Tapi syukur sejak negara merdeka ramai penghuni dan pesawah padi dapat memasarkan hasil mereka terus ke Mukah, Sibu dan tempat -tempat lain dengan mudah.
Kawasan jelapang padi Nangar Budok Daro diusahakan setiap musim. Selain padi tanaman kontan lain menjadi sampingan pendapatan petani. Ternakan sapi dan kambing tidak dilupakan.
Jalan yang tinggal tidak berturap begitu lama bermula dari Jambatan Sg Nangar Besar hingga ke Parit Iran, Badong sejauh 11 kilometer amat menyukarkan perjalanan pengguna dan petani kawasan itu. Jalan ini dibiarkan berdebu, berlubang dan bersemak sekian lama, seakan-akan tidak diperdulikan. Kawasan jelapang padi Kg Nangar, Budok, Sg Nagar Kecil, Sg Patai dan Sg Iran, Badong turut meningkatkan pendapatan ekonomi Daerah Daro khususnya dalam bidang pertanian. Dengan peningkatan harga komoditi seperti beras dan lain output hasil pertanian lain sudah pasti kaum tani di sini tidak akan menoleh sumber pendapatan lain atau membiarkan saja tanah mereka kosong tanpa disusahakan.

Dalam kunjungan saya pada 8 - 14 Jun 2008 saya dapati ramai pengusaha atau peladang meninggalkan tanah mereka dibiarkan besemak samun. Walhal tanaman (sawah padi, pokok buah-buahan dll) yang ditinggalkan amat berpotensi untuk mengeluarkan hasil dan dipasarkan.

Saya amat terharu (dengan kemudahan dan pembangunan) bercampur kesal serta kecewa (kerana banyak kawasan tanah dibiarkan) dengan fenomena yang saya lihat. Inilah peluang saya melihat sendiri (sejak saya berpencen wajib) pembangunan yang ada di kampung halaman.
Sudah tiba masanya wakil atau pihak berwajib meneliti perkara ini sendiri. Bagaimana hendak mendapat fund untuk menyelesaikan peningkatan atau naik taraf jalan kampung yang amat berpotensi ini. Mengapa sebahagian jalan ini ditinggalkan tidak diturap seperti Jalan Kg Tian/Daro atau Jln bypass Pangtray/Sg Nangar Kecil. Nampak tidak seimbang atau memang fund tidak mencukupi !
Kepada tuanpunya tanah dan saya sendiri, fikir-fikirkan bersama, berbudi pada tanah akan pasti mendapat hasilnya, dibiarkan saja masih juga kita membayar cukainya, ayuh mengapa dibiarkan. Contoh baik seperti diusahakan tanaman sawit......seperti Tuan Hj Kana.........atau Cikgu Haji Kadir...... hasil diperolehi lumayan, tanah tidak dibiarkan !

Tuesday, April 22, 2008


Pemandangan dari PICC, Putrajaya. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya salah satu mercutanda dan tarikan pelancong. Mengikuti konvensyen Keselamatan disini akhir tahun 2007 saya dapati, kebanyakan bilek dan Dewan ditempah lebih awal sehingga setiap hari ada saja aktiviti yang dijalankan. Bukan saja bertaraf kebangsaan malah aktiviti bersifat global memenuhi tempahan itu. Tidak sia-sia PICC diwujudkan!

Monday, April 21, 2008

Perkahwinan Anak Buah Saudara



Persediaan rapi, perbelanjaan sederhana, bagaimanapun actual day perkahwinan meriah dan cukup menggembirakan dua keluarga yang berjauhan (kini dieratkan)
Apa yang saya perhatikan ialah perkongsian dua keluarga ini amat menarik; bersama-sama membuat persediaan, jamuan makanan jemputan dan berbagai lagi.

Tahniah!

' Selamat Pengantin Baru, Semoga Kekal ke Anak Cucu '